Date of Award
1-1-1989
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Secara keseluruhan, latihan ilmiah ini adalah mengenai masyarakat tani dan hubungannya dengan agensi pembangunan luar bandar. Dengan kata lain, kajian ini merupakan satu tinjauan mengenai rancangan tanam semula getah yang dianjurkan oleh RISDA dalam usahanya menaik taraf sosio-ekonomi pekebun kecil getah. Bab I menghuraikan teknik-teknik dan metodologi yang digunakan semasa menjalankan latihan ilmiah. Bab II membincangkan secara umum konsep-konsep kemiskinan dan pembangunan yang sering digunakan dalam kajian-kajian mengenai sosio-ekonomi masyarakat luarbandar. Bab III mengenai RISDA Masjid Tanah sebagai agensi pembangunan luarbandar dan pencapaiannya secara ringkas. Bab IV melihat sosio-ekonomi pekebun kecil getah di kawasan-kawasan kajian. Tumpuan diberikan kepada para peserta yang menyertai rancangan tanam semula. Bab V membincangkan dengan terperinci bagaimana suatu rancangan tanam semula getah itu dilaksanakan. Juga diterangkan dalam bab ini semua syarat dan perkara-perkara yang berkaitan dengan rancangan tanam semula. Bab VI mengemukakan masalah tanam semula yang timbul di kalangan pekebun kecil dan RISDA. Juga didedahkan faktor-faktor yang menyebabkan kegagalan sesuatu projek rancangan tanam semula. Bab VII iaitu bab terakhir merupakan kesimpulan yang diperoleh dari kajian. Di dalam bab ini juga kesempatan diambil untuk mengemukan cadangan-cadangan untuk tindakan selanjutnya.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1988/1989.
Recommended Citation
Abdul Talib, Mohamed Hashim, "Kegiatan RISDA di Melaka: Satu tinjauan mengenai rancangan tanam semula (Kajian kes di Masjid Tanah) / Abdul Talib Mohamed Hashim" (1989). Pre-2000 Student Works. 809.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/809