Date of Award
1-1-1989
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fsktm
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Latihan ilmiah ini merupakan satu kajian ke atas 30 orang pekerja wanita Cina yang telah berkahwin serta mempunyai suami dan anak di kawasan rumah pangsa Lereh, Melaka. Jenis pekerjaan responden digolongkan sebagai kakitangan/employee dan pekerja sendiri/self-account worker. Tujuan utama kajian ialah untuk melihat hubungan pekerjaan-kesuburan dengan tumpuan khusus; kepada konflik peranan sebagai seorang pekerja dan ibu dengan kesuburan. Di samping juga, ingin melihat kaitan antara budaya dan perancangan keluarga dengan kesuburan. Bab I dinyatakan tentang tujuan, bidang, kaedah dan kepentingan kajian serta masalah-masalah yang dihadapi ketika menjalankan penyelidikan. Penghuraian konsep-konsep diadakan bagi memudahkan lagi pemahaman terhadap penulisan ini. Manakala bab II merupakan peninjauan terhadap penulisan-penulisan awal untuk menambahkan pengetahuan mengenai tajuk kajian ini. Bab III pula dinyatakan tentang latarbelakang kawasan kajian dan sebab-sebab kawasan ini dipilih sebagai samnel kajian. Di samping juga dinyatakan keadaan sosio-ekonomi responden dan suami, aliran kesubuan, latarbelakang keluarga dan anak serta faktor-faktor yang mendorong responden bekerja. Bab-bab seterusnya merupakan topik-topik perbincanann hasil kajian. Bab IV dinyatakan tentang peluasan perana pekerja wanita sebagai seorang pekerjaaan ibu, konflik peranan yang dialami dan cara penyesuaian. Akhirnya dinyatakan rumusan tentang sejauhmana konflik peranan mempengaruhi kesuburan. Faktor budaya juga penting dalam mempengaruhi kesuburan. Bab V akan menghuraikan sistem kekeluargaan dan budaya Cina terutama sikap, nilai dan norma masyarakat Cina terhadap jantina dibandingkan dengan masyarakat Cina tradisional. Bab VI akan meninjau pengetahuan, sikap dan amalan responden terhadap perancangan keluarga. Bab VII, penutup.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1988/1989.
Recommended Citation
Ko, Eng, "Wanita dan pekerjaan: Hubungan dengan kesuburan / Ko Eng" (1989). Pre-2000 Student Works. 806.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/806