Date of Award

1-1-1988

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian kes ke atas sebuah komuniti di Kerteh. Pengkaji telah melihat dengan lebih dekat lagi akan kesan-kesan yang berlaku akibat dari proses perindustrian petroleum yang sedang pesat dijalankan di kawasan itu. Dalam bab I, pengkaji meneranghkan secara ringkas tujuan dan bidang kajian, kepentingan kajian dan juga kaedah-kaedah yang telah digunakan sewaktu kajian dijalankan. Bab II pula mengandungi penjelasan tentang konsep dan proses perindustrian dan juga pandangan pengkaji Barat tentang proses perindustrian dan kesannya kepada masyarakat. Dalam bab III, pengkaji membincangkan tentang latar belakang kawasan kajian. Latar belakang ini termasuklah dari segi kedudukan geografi, sejarah, kemudahan asas, sistem pentadbiran dan juga perkembangan proses perindustrian. bab IV mengandungi latar belakang responden dari segi umur, taraf pendidikan, pekerjaan, pendapatan dan aktiviti sosial yang dilakukan. Bab V pula membincangkan kesan-kesan yang berlaku ke atas masyarakat sekitar akibat dari proses perindustrian. Pengkaji telah melihat kesan industri dari segi ekonomi, perhubungan kemasyarakatan, sikap, pandangan dan kesan industry ke atas alam sekitar. Bab VI adalah sebagai bab penutup. Di sini, pengkaji cuba membuktikan kebenaran hipotesis yang dikemukakan oleh para pengkaji Barat.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1987/1988.

Share

COinS