Date of Award
1-1-1988
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Latihan ilmiah saya mempersembahkan masalah ‘stuttering’ yang dihadapi oleh sebilangan daripada setiap masyarakat. Kebolehan bercakap adalah sangat penting supaya terdapat komunikasi antara ahli-ahli sebuah masyarakat dan ‘stuttering’ menghalang komunikasi yang cekap. Oleh kerana ‘stuttering’ tidak dapaat diterangkan oleh sains perubatan, sains psikologi telah mencuba untuk mewujudkan teori-teori untuk memahami fenomena ini. Saya telah memberikan hujah-hujah dua teori akan fenomena ‘stuttering’ beserta dengan definisi yang digunakan oleh pakar-pakar percakapan. Pertama ialah ‘anticipatory struggle theory’ yang cuba melihat ‘stuttering’ sebagai kesan pengalaman yang lepas yang buruk tentang percakapan. Oleh itu, seseorang akan menjangka ia akan berlaku sekali lagi lalu berasa takut akan situasi yang sama di mana ia akan bercakap terhenti-henti. Teori kedua ialah satu teori konflik yang melihat ‘stuttering’ sebagai dua kemahuan yang bertentangan. Kedua-dua kemahuan satu untuk bercakap dan satu lagi untuk diam sahaja didorong oleh tekanan-tekanan dalaman dan luaran. Akhirnya, kedua-dua teori ini dinilaikan dari segi kebolehannya untuk dikaji dan dibuktikan berdasarkan dua pengkajian yang dilakukan ke atas ‘stutterers’ di Amerika Syarikat.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1988.
Recommended Citation
Katherine Ho, Gaik Choo, "Stuttering: A psychological phenomenon / Katherine Ho Gaik Choo" (1988). Pre-2000 Student Works. 780.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/780