Date of Award
1-1-1988
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dirujukan kepada kemiskinan di Kampung Cina Batu 17, Padang Rengas. Pada keseluruhannya, tulisan ini menkaji keadaan, sebab-sebab dan kesan-kesan kemiskinan. Dari penemuan-penemuan pengkaji, adalah didapati bahawa kadar kemiskinan di kalangan isi rumah tempat kajian adalah tinggi iaitu 35.5%. kemiskinan jika dilihat dari segi ekonomi adalah sangat dipengaruhi oleh masalah kekurangan tanah dan peluang pekerjaan di sekitar kawasan kajian. Di samping itu, dari segi kemudahan-kemudahan asas di Kampung Cina Batu 17, Padang Rengas ini amat kekurangan. Masalah kemiskinan telah membawa kesan-kesan kepada penduduk-penduduk kampung ini. Disebabkan kemiskinan, kebanyakkan penduduk hanya mencapai taraf pelajaran yang rendah. Kekurangan tanah dan peluang pekerjaan yang lain menyebabkan generasi muda terpaksa bermigrasi ke bandar untuk mencari nafkah. Sugguhpun demikian, kadar pengangguran adalah masih tinggi, iaitu 13.7% kerana peluang pekerjaan yang makin berkurangan di sekitar kampung. Akhir sekali, kemiskinan telah mengakibatkan lebih kurang separuh daripada jumlah isi rumah dalam kampung ini berhutang. Kesimpulannya, hasil kajian ini menyokong teori-teori kekurangan teknologi dan kapital, ketidaksamaan ekonomi dan sosial dalam menerangkan kemiskinan di kampung ini. Adalah didapati bahawa penambahan bilangan penduduk adalah separuh benar dalam penerangan kemiskinan. Sementara itu, teori ciri-ciri personaliti dan kebudayaan tidak dapat diaplikasikan dalam kajian ini.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988.
Recommended Citation
Soong, Wan Ying, "Kemiskinan di kalangan penduduk-penduduk di Kampung Cina Batu 17, Padang Rengas, Perak / Soong Wan Ying" (1988). Pre-2000 Student Works. 771.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/771