Author

Yee Kuen Hah

Date of Award

1-1-1988

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian yang mengkaji peranan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak mereka. Tumpuan diberikan kepada kesan penglibatan ibu bapa dalam pelajaran anak-anak mereka kepada pencapaian akademik murid-murid. Bab satu memperkenalkan pembaca dengan persoalan yang hendak dikaji dalam penyelidikan. Tujuan kajian dan bidang yang akan dicakupi dalam kajian ini, cara-cara bagaimana kajian ini dijalankan juga dibincangkan di sini. Bab kedua memberikan latar belakang ringkas tempat kajian dan huraian mengenai sampel-sampel yang digunakan dalam kajian. Di sini juga diberikan definisi istilah dan konsep yang digunakan sepanjang penyelidikan seperti pencapaian akademik, penglibatan ibu bapa dan status sosio-ekonomi. Bab ketiga merupakan satu ulasan bahan-bahan kajian bagi penyelidikan yang telah dilakukan ke atas perkara berkenaan dengan apa yang dikaji oleh penulis. Bab keempat merupakan bab penyajian dan penganalisaan data yang diperolehi semasa penyelidikan. Hipotesis yang dikemukakan dibuktikan dalam bab ini. Bab kelima memberikan satu kesimpulan umum bagi keseluruhan keputusan yang diperolehi. Di sini juga diberikan cadangan-cadangan untuk dipertimbangkan oleh pihak-pihak berkenaan.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1988/1989.

Share

COinS