Date of Award
1-1-1987
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Secara ringkasnya, kajian latihan ilmiah ini dijalankan adalah untuk mengetahui kesan-kesan latarbelakang kehidupan para individu tertentu di dalam mempengaruhi corak perlakuan. Faktor-faktor latarbelakang ini dilihat atau diteliti dari segi lalarbelakang keluarga, ekonomi, pendidikan dan persekitaran iaitu kumpulan masyarakat seluruhnya. Bab I dihuraikan kajian, masalah yang inign dikaji, metodologi yang digunakan serta sample-sample para responden. Di dalam bab II, dihuraikan berkenaan dengan konsep-konsep yang diperlukan di dalam kajian serta dijelaskan tentang teori-teori tertentu sebagai dasar bagi pengkaji di dalam menghuraikan permasalahan teori-teori tersebut iaitu Teori Kawalan oleh Travis Hirschi yang menekankan faktor ikatan sosial di antara individu dan unit-unit sosial serta Teori Anomie oleh Robert K. Merton yang menekankan masalah rasa terasing individu sebagai faktor pendorong ke arah penyelewengan. Di dalam bab III, adalah berkenaan dengan pola-pola jenayah di kalangan banduan dan baduanita di tempat kajian iaitu di Penjara Sg. Jelok, Kajang. Huraian yang dilakukan ialah cuba melihat jenis-jenis kesalahan yang terdapat berkaitan dengan latarbelakang dengan latarbelakang keturunan dan juga jantina serta umur. Manakala bab IV dan V ditumpukan perhatian di dalam menganalisa data-data yang diperoleh. Di sini, akan cuba diteliti bagaimana faktor-faktor latarbelakang yang tersebut mempengaruhi individu tertentu dengan membuat analisa jadual secara perbandingan di antara para pesalah dengan masyarakat luar. Di sini, juga diteliti sejauh mana kebenaran yang terdapat pada kedua-dua teori tersebut di dalam mencari penyelesaian atas sebab-sebab individu tertentu terlibat di dalam penyelewengan. Akhir sekali bab VI merupakan kesimpulan keseluruhan kajian di mana pengkaji akan menyatakan sejauh manakah kebenaran di dalam penyelesaian masalah diperoleh.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1986/1987.
Recommended Citation
Nazariah, Mohd Nathri, "Deviant: Satu kajian kes latarbelakang banduanita di Penjara Sg. Jelok, Kajang / Nazariah Mohd Nathri" (1987). Pre-2000 Student Works. 754.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/754