Author

Hashim Supri

Date of Award

1-1-1987

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Kajian ini adalah mengenai buruh-buruh dari Thai selatan yang bekerja sebagai nelayan di Kuala Besut, Terengganu. Ia adalah merupakan satu “exploratory study’ kerana tidak pernah dikaji sebelum ini. Di antara tujuan kajian ini ialah untuk memeriksa sebab-sebab berlakunya penghijrahan buruh-buruh dari Thai selatan ke Kuala Besut. Didapati faktor ekonomi adalah merupakan sebab utama berlakunya penghijrahan buruh di peringkat antarabangsa. Juga ditinjau aialah kesan-kesan dari penghijrahan tersebut terhadap buruh-buruh itu sendiri, perusahaan perikanan dan sosio-ekonomi penduduk tempatan Kuala Besut. Kesan dari penghijrahan ini didapati pada keseluruhannya buruh-buruh dari Thai selatan hanya dapat membaiki sedikit sahaja corak kehidupan mereka kerana eksploitasi oleh golongan pemodal tetap berterusan walaupun mereka telah bekerja di Kuala Besut. Walaupun terdapat kesan negative terhadap pihak yang terlibat, sumbangan tenaga buruh-buruh ini adalah sengat penting khususnya dalam perusahaan pukat jerut ikan dan kegiatan menangkap ikan di Kuala Besut umumnya.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1986/1987.

Share

COinS