Date of Award
1-1-1987
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Dalam bab pertama, perbincangan adalah tertumpu kepada tujuan kajian serta kepentingannya. Di samping itu, dibincangkan juga metode yang telah digunakan. Seterusnya pula diberikan tentang masalah yang dihadapi semasa melakukan kajian dan konsep-konsep serta teori-teori yang digunakan. Dalam bab kedua dibincangkan pula latarbelakang tempat kajian dari segi bentuk pimpinan, komunitinya, Pendidikan, pekerjaan serta kemudahan social yang terdapat di kawasan tersebut. Juga dibincangkan tentang Kawasan pilihanraya bagi Kawasan tersebut. Bab ketiga pula membincangkan tentang sikap serta penyertaan penduduk Kawasan kajian. Ini adalah merujuk kepada bagaimana mereka disosialisasikan oleh agen-agen seperti media massa, keluarga, Pendidikan, agama dan politik. Seterusnya perbicangan tertumpu kepada sikap aktif dan pasif penduduk kawasan tersebut serta pemimpin politik yang mereka sukai. Seterusnya dalam bab empat ialah berkanaan dengan pemilihan wakil rakyat. Di sini mereka menyatakan oaring yang menjadi wakil rakyat mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Perbicnangan tertumpu dari segi Pendidikan, pengalaman, sifat peribadi, kegiatan social dan lain-lain. Dalam bab lima pula, dibincangkan tentang sebab-sebab kekalahan UMNO dan kemenangan PAS. Ini merujuk kepada sifat peribadi, kelulusan, kegiatan sosial dan lain-lain yang bersangkutan dengannya. Dalam bab enam pula adalah satu analisis tentang pilihanraya umum 1986 mengenai ADUN Wakaf Mempelam dan Serada. Dalam bab ini berlaku demikian di Negeri Terengganu. Bab tujuh pula merupakan kesimpulan yang didapati tentang perbincangan dalam bab-bab yang lalu. Di sini akan dnyatakan dasar-dasar yang perlu ada pada seseorang yang ingin menjadi seorang wakil rakyat. Dasar-dasar ini dilihat dari segi Pendidikan, pengalaman dan lain-lain lagi.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.
Recommended Citation
Mohd Zaid, Sulong, "Dasar-dasar pemililihan wakil rakyat di kalangan masyarakat kampung: Satu kajian kes di kawasan Dewan Undangan Wakaf Mempelam, Terengganu / Mohd Zaid Sulong" (1987). Pre-2000 Student Works. 728.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/728