Author

Lay Nien Lin

Date of Award

1-1-1987

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini adalah mengenai sikap pengurusan di kalangan pengurus tempatan di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam. Kajian ini juga cuba melihat sikap pengurusan tempatan dalam konteks teori-teori pengurusan Barat . Golongan pengurus memainkan peranan yang penting dalam peranvangan dan pejalanan sesebuah organisasi. Sikap pengurusan menentukan corak pengurusan yang dipraktiskan. Maka, kajian mengenai sikap pengurusan adalah penting kerana ia akan memberi kesan terhadap golongan pekerja. Bab I menerangkan tentang tujuan kajian, metodologi kajian serta masalah- masalah yang dihadapi semasa kajian dijalankan . Bab II memberikan satu gambaran kasar mengenai syarikat-syarikat yang terlibat dalam kajian ini. Data-data syarikat yang telah ditinjau adalah seperti struktur syarikat, barang keluaran, industri keluaran, jualan, jumlah milik aset, bilangan pekerja dan metod pengeluaran. Bab III memberi satu gambaran menfenai profail pengurus yang terlibat dalam kajian ini. Profail pengurus ditinjau dari segi-segi seperti pangkat, jantina, umur, pendidikan, latihan , pengalaman kerja dan cara- cara memperluaskan pengetahuan. Bab IV memberi satu gambaran mengenai perkembangan teori-teori pengurusan seperti Teori Pengurusan Klasik, Teori Pengurusan Perlakuan dan Teori Pengurusan Moden. Bab V membincangkan mengenai gaya pengurusan yang meliputi perkara- perkara seperti andaian- andaian seorang pengurus terhadap pekerja, peranan pengurusan, motivasi , kesedaran pekerja terhadap objektif syarikat, proses membuat keputusan dan kepimpinan. Bab VI pula menerangkan tentang kesimpulan keseluruhan perbincangan bab- bab yang awal.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1987/1988.

Share

COinS