Author

Joo Eng Lee

Date of Award

1-1-1986

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

fac_med

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Latihan ini mengandungi 5 bab. Bab I menghuraikan tujuan dan kepentingan kajian, teknik pengumpulan data serta kesulitan yang dihadapi semasa menjalani kajian. Bab II memberikan gambaran am mengenai latarbelakang tempat kajian, iaitu Kampung Permatang Janggus. Antara kandungan bab ini termasuklah sejarahnya, kedudukannya dalam pentadbiran Seberang Prai. Kedudukan geografi, penduduk dan pekerjaan serta kemudahan-kemudahan yang terdapat di situ. Bab III menumpukan kepada aspek sosial KPJ sebagai ekoran dari bab II. Aspek-aspek yang diperhatikan termasuklah sturktur demografi dan bentuk family serta mobility geografi. Kedua-dua hubungan sosial di kampun gbaik formal atau informal serta hubungan dengan luar kampong juga dibincangkan dalam bab ini. Ia juga menyentuh aspek pelajaran, pemilikan harta dan pembentukan klas/status serta sikap dan nilai sebagai mendapatkan gambaran yang menyeluruh dari segi sosial berhubung dengan KPJ. Dalam bab IV, perhatian dialihkan kepada aspek ekonomi. Ketiga-tiga faktor pekerjaan, cara pemilikan tanah dan pendapatan yang saling berkait diberi tumpuan di sini. Seterusnya aspek-aspek perbelanjaan, tabungan dan hutang juga dibincang. Ini diikuti dengan perbincangan mengenai mobility sosio-ekonomi. Bab V sebagai bab akhir merumus serta memberi interpretasi mengenai kedudukan sosio-ekonomi penduduk KPJ.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1985/1986.

Share

COinS