Date of Award

1-1-1986

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini telah dijalankan di dua buah kampung kecil iaitu di Kampung Sungei Belukang dan Kampung Tebuk Imam di daerah Hilir Perak. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kegiatan kerja sampingan di kalangan pekebun kecil kelapa. Tumpuan diberikan kepada kesan-kesan kerja sampingan dalam mengatasi masalah gunatenaga tidak penuh dan kesannya terhadap ekonomi dan sosial penduduk. Oleh itu kajian ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Bab pertama menyentuh tujuan dan objektif kajian, kaedah kajian, kepentingan kajian dan masalah dihadapi sewaktu kajian dibuat. Bab kedua, pengkaji memperlihatkan keadaan latarbelakang tempat kajian. Tumpuan diberikan terhadap struktur sosioekonomi kampung. Bahagian kedua bab ini adalah mengenai latarbelakang responden yang dikaj i. lni adal,ah berhubung dengan latarbelakang sosioekonomi mereka seperti umur, pelajaran responden, keluarga dan keadaan ekonomi mereka. Bab ketiga, pengkaji cuba menjelaskan sebahagian daripada penemuan kajian luar yang telah dilakukan seperti jenis kerja-kerja sampingan dan klasifikasi kerja sampingan. Bahagian kedua pula adalah berhubung dengan sebab-sebab mereka melakukan kerja-kerja ini.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.

Share

COinS