Date of Award

1-1-1986

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Bab I membincangkan tentang skop kajian, masalah kajian dan juga kepentingan kajian ini. Seterusnya dibincangkan juga secara ringkas perkembangan bandar Kuala Terengganu dan juga konsep serta teori tentang bandar. Dalam bab II pula pengkaji membincangkan perkaitan faktor-faktor yang berkaitan dengan proses perbandaran di Kuala Terengganu. Bab ini juga menerangkan latarbelakang responden serta proses-proses yang berlaku dalam perkembangan bandar. Dalam bab III diterangkan keadaan tempat tinggal baru penduduk Kampung Batas Baru iaitu Rumah Pangsa Batas Baru. Turut dibincangkan di dalam bab ini ialah faedah-faedah yang didapati di Rumah Pangsa Batas Baru serta masalah-masalah dan kekurangan-kekurangan yang dihadapi di situ. Bab IV pula membincangkan kesan-kesan yang timbul akibat dari penempatan baru ini. Bab V memaparkan rumusan serta pandangan pengkaji terhadap masalah penduduk Rumah Pangsa Batas Baru.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.

Share

COinS