Author

Chin Teng Ng

Date of Award

1-1-1986

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Tidak boleh dinafikan bahawa polarisaai kaum masih wujud di Malaysia Akibat dari masalah ini, tujuan perpaduan negara amat sukar Tanpa kerjasama antara rakyat berbilang kaum akan menyekat pembangunan Negara. Kajian ini akan melihat masalah perkauman Melayu-Cina secara amnya dengan mendapat gambaran dari corak interaksi peringkat mikro di tempat bekerja. Dalam tulisan ini pengkaji telah memilih golongan pekerja sebagai sarnpel kajian kerana tempat kerja merupakan satu-satunya tempat masyarakat berbagai kaum dapat bertemu dan berinteraksi antara satu sama lain. Pemilihan tempat kajian telah bergantung kepada kemudahan pengkaji dapat menjalankan kaedah penyertaan-pemerhatian. Kaedah antropologikal ini telah dicadangkan oleh Encik Raymond Lee dalam tesis mastersnya mengenai interaksi dan integrasi pelajar-pelajar sekolah menengah. Dalam bab pertama dan kedua, diberi ketera.ngan mengenai proses penyelidikan serta konsep-konsep dan teori-teori penting berhubungan dengan topik kajian. Dalarn bab ketiga pula diberi gambaran secara unum paras hubungan etnik di Malaysia. Seterusnya dalam bab keempat, dihuraikan penganalisaan data-data yang diperolehi mengenai corak interaksi antara pekerja-pekerja. Akhir sekali, pengkaji memberi kesimpulan dan rwausan berdasarkan punca dan kesan masalah perkauman di Malaysia serta memberi cadangan-cadangan yang wajar dipertimbangkan.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.

Share

COinS