Author

Kaur Manvir

Date of Award

1-1-1986

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Ini adalah satu kajian deskriptif yang melukiskan imej kaum Sikh di Malaysia Ia cuba mengkaji imej stereotaip orang-orang Sikh dengan meneliti cara penggambaran mereka dalam media massa. Satu kajian soalselidik juga telah dijalankan ke atas sampel 100 orang penuntut di Universiti Malaya untuk mengetahui pendapat mereka. Bab 1 menggariskan tujuan, skop dan metod kajian. Beberapa konsep yang berkaitan juga dibincangkan untuk memberikan suatu pemahaman tentang rangka konsep yang digunakan dalam kajian ini. Bab 2 memberikan satu latarbelakang ringkas mengenai sejarah sosial kaum sikh di Malaysia. Ia menggariskan sifat penghijrahan dan struktur pekerjaan mereka yang awal. Ia juga mengkaji corak kontak awal antara orang-orang Sikh dengan kumpulan-kumpulan etnik yang lain di mana imej stereotaip orang-orang Sikh telah diperkuatkan melalui pembahagian masyarakat kolonial mengikut garis-garis etnik. Bab 3 menumpukan kepada penggambaran imej orang-orang Sikh di Malaysia seperti yang dibayangkan dalam media massa. Ia mengkaji imej-imej dahulu dan kini berdasarkan sifat-sifat fizikal, budaya dan sosio-ekonomi yang dikaitkan dengan orang-orang Sikh. Bab 4 mengandungi analisa data kaji selidik yang dijalankan ke atas sampel 100 orang penuntut Universiti Malaya. Bab 5 adalah kesimpulan bagi kajian. Ia meneliti imej kaum Sikh dalam masyarakat Malaysia.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1986/1987.

Share

COinS