Date of Award
1-1-1985
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Ini adalah satu kajian kes ke atas satu masyarakat ladang dengan tujuan melihat masalah-masalah sosio-ekonomi yang dihadapi oleh mereka. Dalam bab pertama, tujuan, bidang, metode serta kesulitan kajian telah dibincangkan. Penulis telah menyentuh mengapa topik ini dipilih serta masalah-masalah yang dihadapinya dalam mengumpulkan data-data dengan berbagai kaedah.Dalam bab kedua, kedudukan geografi dan sejarah kawasan kajian disentuh. Juga dibincangkan sejarah dan asal-usul penghuni di Pulau tersebut. Dalam bab ketiga, masalah ekonomi telah dikupas secara 'detail'. Aspek-aspek ekonomi yang utama disentuh ialah masalah pekerjaan , pendapatan, perbelanjaan, tabungan dan hak milik. Dalam akhir bab in, satu kesimpulan telah dibuat mengenai ekonomi ladang berkenaan. Dalam bab keempat, penumpuan telah diberi terhadap masalah sosial. Di mana masalah-masalah pendidikan dan kemudahan kernudahan asas ditinjau secara terperinci. Di akhir bab ini satu kesimpulan telah diberi mengenai masalah-masalah ladang ini. Dalam bab kelima dan terakhir, pengkaji telah membuat rumusan masalah-masalah sosio-ekonomi yang dihadapi oleh golongan pekerja di ladang kajian ini. Juga telah diberi satu penilaian terhadap masalah-masalah ladang ini. Akhir sekali, pengkaji juga telah menyarankan beberapa langkah dan program yang harus dilakukan bagi megatasi masalah kelas pekerja di ladang Carey Barat.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1984/1985.
Recommended Citation
Francis, Subramaniam, "Masalah-masalah sosio-ekonomi masyarakat ladang: Satu kajian kes di Ladang Pulau Carey Barat, Selangor / Francis Subramaniam" (1985). Pre-2000 Student Works. 662.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/662