Komuniti nelayan di Kuala Muda, Seberang Prai: Tinjauan beberapa aspek sosio-ekonomi / Ang Gaik Hoay
Date of Award
1-1-1985
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini yang dijalankan di kalangan komuniti nelayan di Kuala Muda memberikan tumpuan khas pada aspek sosio ekonomi komuniti nelayan di situ. Dalam Bab I dihuraikan tentang tempat kajian, masalah yang dikaji, tujuan ia dikaji serta bidang kajian yang ditumpukan. Juga dinyatakan bagaimana data-data dikumpulkan dan kesulitan-kesulitan yang dihadapi semasa pengumpulan data. Dalam Bab II dinyatakan kedudukan sektor perikanan dalam negara kita, kepentingannya dan masalah-masalah yang wujud di dalamnya. Juga dihuraikan satu rangka teori yang digunakan untuk menganaliaa data-data yang dikumpulkan dan cadangan penyelesaian masalah dari teori itu. Bab III pula memberikan fokus pada keadaan sosio ekonomi komuniti nelayan di Kuala Muda, khasnya pada aspek hak milik, pengkapan berlebihan, kuasa pemasaran, peluang pekerjaan dan inflasi. Bab IV merupakan penilaian dan penghuraian yang lebih mendalam dan kritikal terhadap masyarakat nelayan di negara kita. Juga dihuralkan langkah-langkah yang diambil dan dijalankan oleh kerajaan klta untuk membangunkan masyarakat nelayan dalam negara kita. Bab V mengandungi kesimpulan dan cadangan-cadangan dari pengkaji untuk meninggikan taraf hidup masyarakat nelayan dalam negara kita.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1984/1985.
Recommended Citation
Ang, Gaik Hoay, "Komuniti nelayan di Kuala Muda, Seberang Prai: Tinjauan beberapa aspek sosio-ekonomi / Ang Gaik Hoay" (1985). Pre-2000 Student Works. 660.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/660