Date of Award

1-1-1985

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Dalam konteks Malaysia, sebuah kuil Hindu wujud sebagai sebuah tempat yang menarik. Suatu kajian ke atas kuil-kuil Hindu akan menolong menjelaskan kebudayaan serta kepercayaan keagamaan orang-orang India di Malaysia. Kajian ini mengandungi lima bab. Bab I mengandungi penerangan tentang pengenalan, tujuan dan skop kajian ini. Berbagai methodologi yang digunakan dan masalah-masalah yang dihadapi kajian ini juga disentuh di dalam bab ini. Bab II berkaitan dengan permulaan perkembangan kuil-kuil Hindu di Kuala Lumpur. Definasi yang ringkas tentang agama Hindu diberikan dan penekanan adalah pada pembahagian kuil-kuil ini berdasarkan beberapa kriteria yang tertentu. Di dalam bab III, upacara-upacara dan perayaan-perayaan di dalam kuil-kuil ini dijelaskan. Suatu penerangan yang menyeluruh diberikan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan berbagai-bagai perayaan yang dirayakan oleh kuil-kuil. Peranan paderi-paderi serta dewa-dewa yang utama diberi perhatian. Bab IV adalah mengenai aspek-aspek sosial dan politik kuil-kuil Hindu ini. Ini adalah penting kerana kuil-kuil mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat terutama sekali dalam pengekalan warisan budaya. Peranan beberapa organisasi yang berkaitan dengan kuil-kuil juga diberi tumpuan. Bab V, penekanan utama diberikan kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh kuil-kuil. Beberapa cadangan juga diberikan untuk mengatasinya. Ini adalah untuk menentukan bahawa kuil-kuil Hindu ini terus kekal di tengah-tengah pembangunan yang pesat di Malaysia.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1984/1985.

Share

COinS