Date of Award
1-1-1985
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis senikata lagu-lagu nyanyian Allahyarham P.Ramlee secara akademik dengan tujuan meninjau sejauhmanakah senikata lagu-lagu itu mencerminkan masyarakat dan budaya Melayu khususnya dan Malaysia amnya. Untuk itu, pengkaji membahagikan latihan ilmiah ini kepada 6 bab. Bab pertama ialah bab pengenalan. Ianya menghuraikan aspek-aspek tujuan kajian, bidang metode, kesulitan menyiapkan latihan ilmiah ini dan latabelakang Allahyarham P.Ramlee. Bab dua mengandungi huraian mengenai masyarakat, budaya dan senikata lagu. Bab tiga pula merupakan pengklasifikasian senikata lagu kepada kategori yang tertentu berdasarkan kepada tema yang ingin disampaikan. Bab empat ialah di mana dilakukan penganaliasaan ke atas lagu-lagu yang dikaji. Di dalam bab ini, pengkaji mencari unsur-unsur utama yang terdapat dalam tiap kategori lagu. Bab lima pula merupakan hubung kaitan hasil penganaliasaan senikata lagu dengan konsep dan teori yang telah dihuraikan dalam bab dua. Bab enam ialah sebagai kesimpulan kepada keseluruhan kajian. Dalam bab inilah pengkaji memberi jawapan kepada andaian yang telah dibuat serta cadangan tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan jika kajian yang sama ingin dilakukan.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1984/1985.
Recommended Citation
Zaleha, Selamat, "Analisis kandungan senikata lagu-lagu nyanyian Allahyarham P.Ramlee: Satu kajian mengenai gambaran budaya dan masyarakat menerusi senikata lagu / Zaleha Selamat" (1985). Pre-2000 Student Works. 636.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/636