Date of Award
1-1-1985
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Latihan Ilmiah ini membincangkan isu kepimpinan masyarakat Melayu luar bandar di Mukim Marak, Kelantan. Tumpuan diberikan kepada kepimpinan dalam Kg. Marak kerana 50 orang responden diambil dari kampung ini mewakili Mukim Marak. Bab 2 menjelaskdn mengenai konsep dan aspek kepimpinan itu sendiri. Ini meliputi takrif, asas-asas dan hentuk kepimpinan yang dapat dihurai seterusnya dalam kajian ini. Aspek politik dilihat juga sebagai satu kepimpinan politik masyarakat Melayu. Penjelasan mengenai latarbelakang kawasan dan komuniti meliputi kegiatan ekonomi, penduduk, kemudahan asas serta kawasan dalam pilihanraya diberikan dalam Bab 3. Perkara yang lebih penting dalam hal ini ialah mengenai pentadbiran kampung yang memperlihatkan corak kepimpinan tradisional dan kepimpinan baru. Bab 4 menyentuh tentang tanggapan dan hubungan responden yang dipilih terhadap pemimpin mereka. Asas pemilihan pemimpin, kadar dan bentuk penyertaan responden diterangkan dalarn bab ini. Dari segi politik, pengkaji cuba melihat sikap responden terhadap parti-parti di samping mengemukakan pola-pola penglibatan mereka dalam kegiatan politik kepartian. Bab 5 pula melihat hubungan masyarakat dan kepimpinan secara keseluruhannya. Ini termasuklah institusi penghulu, petugas-petugas ugama, JKKK, ahli politik serta parti politik. Masalah dalarn kepimpinan juga dihuraikan. Dalam pada itu, disentuh sedikit pentadbiran dan kesannya ke atas pernbangunan termasuk kewiskinan. Akhir sekali, pengkaji menyimpulkan hasil kajian sebagai penutup dalam Bab 6.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.
Recommended Citation
Mohd Razali, Sidek, "Kepimpinan masyarakat Melayu luar bandar (satu kajian kes di Mukim Marak, Kelantan) / Mohd Razali Sidek" (1985). Pre-2000 Student Works. 635.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/635