Date of Award
1-1-1985
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fac_med
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini adalah untuk melihat kaitan di antara pencapaian pelajaran pelajar-pelajar dengan latarbelakang sosio-ekonomi mereka. Latarbelakang sosio-ekonomi ini termaksuklah pendapatan ibu-bapa, kemudahan- kemudahan dan sikap mereka. Di dalam bab pertama pengkaji telah menerangkan mengenai tujuan-tujuan kajian. Pengkaji telah memilih aspek pendidikan iaitu faktor mobiliti sosial yang sangat penting. Metodologi yang digunakan dalam kajian serta masalah-masalah yang dihadapi semasa kajian dibuat dan cara-cara mengatasinya juga telah disentuh. Bab kedua membincangkan teori-teori Kemiskinan dan Pendidikan yang telah dikemukakan oleh ahli-ahli sosiologi tempatan dan Barat. Di bincangkan fungsi-fungsi pendidikan, konsep pendidikan dan kaitan di antara kelayakan pendidikan dengan pekerjaan, mengenai kemiskinan pula, pengkaji telah mengemukakan konsep kemiskinan, cara mengukurnya dan kaitan teori tersebut dengan pendidikan yang telah dikemukakan oleh Profesor Awang Had Salleh. Lokasi dan latarbelakang tempat kajian juga disentuh ini adalah perlu bagi pembaca untuk mengetahui dengan tepatnya lokasi kajian tersebut serta latarbelakang kampung itu seperti keadaan fizikal, kemudahan sosial dan sosio-ekonomi penduduknya serta latarbelakang sekolah. Bab ketiga memperlihatkan satu analisa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) pelajar-pelajar sekolah tersebut untuk melihat tahap pencapaian dan kualiti keulusan mereka. Bab empat mengemukakan sebab-sebab pencapaian mereka rendah. Faktor sosio-ekonomi ibubapa dan sikap ibubapa dan pelajar-pelajar itu sendiri telah dihuraikan. Bab kelima merupakan bab kesimpulan. Beberapa cadangan-cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar dikampung ini.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.
Recommended Citation
Sarjit Kaur, Pretham Singh, "Kajian pencapaian di dalam pendidikan dan latarbelakang sosio-ekonomi (satu kes kajian) / Sarjit Kaur Pretham Singh" (1985). Pre-2000 Student Works. 632.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/632