Author

Hamzah Sazali

Date of Award

1-1-1985

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Latihan ini mengandungi 7 bab. Bab 1 adalah pengenalan kepada kajian ini dengan menitik beratkan kepada tujuan kajian, kepentingan kajian, kaedah, masalah kajian serta konsep politik dan politik kemiskinan juga konsep kemiskinan. Bab 2 pula akan menerangkan tentang teori-teori kemiskinan, ulasan kemiskinan serta ciri-ciri kemiskinan di Malaysia secara ringkas. Ianya sekadar untuk memberi kefaham tentang kemiskinan terutama sekali yang berlaku di Malaysia. Bab 3 akan membincangkan tentang sejarah politik Kelantan serta keadaan politik Kelantan masa kini. Kemudian akan di lihat hubungan politik dengan pembangunan (terutamanya ekonomi) dan kemiskinan. Di samping itu kesan-kesan yang timbul akibat dari hubungan ini turut sama di lihat. Bab 4 akan menumpukan perhatian kepada kawasan kajian dengan pembangunan yang di jalankan di situ. Berhubung dengan projek pembangunan di situ peranan JKKK juga akan dinilai. Bab ini akan diakhiri dengan meninjau kesan pembangunan yang dilaksanakan ke atas kemiskinan dan penduduk di situ. Bab 5 pula khusus melihat ' Politics of Fear yang wujud di kalangan penduduk akibat dari politik kemiskinan yang berlaku dalam projek pembangunan serta masalah kemiskinan. Faktor-faktor yang mengwujudkan 'Politics of Fear' ini turut sama di lihat. (Bab 3 dan 4 boleh menolong menjelaskan lagi bagaimana politik kemiskinan dan ‘Politics of fear’ berlaku di kalangan masyarakat khususnya di tempat kajian) bab ini diakhiri dengan melihat kesan-kesan Politics of Fear dalam kehidupan masyarakat kampong Sakar. Bab 6 merupakan ini kepada keseluruhan bab yang terdahulu. Ini adalah kerana ia memperlihatkan persepsi dan reaksi penduduk terhadap politik kemiskinan dan isu pembangunan yang berlaku selama ini. Bab 7 adalah kesimpulan secara keseluruhan kepada apa yang telah dibincangkan bab demi bab.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1985/1986.

Share

COinS