Date of Award
1-1-1984
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Kajian ini adalah mengenai pemilikan tanah di Bandar Penggaram, Batu Pahat, Johor. Tumpuan kajian adalah di Jalan Rahmat. Isi kandungan pada latihan ilmiah ini mengandungi enam bab. Bab I iaitu bab pendahuluan. Penulis menghuraikan tentang tujuan kajian, cara-caea kajian di jalankan dan masalah yang dihadapi semasa membuat kajian. Bab II penulis membincangkan tentang sejarah Bandar Penggaram dan pemilikan tanah secara umum. Bab III penulis membincangkan tentang pola-pola pemilikan tanah yang terakhir dimiliki oleh kategori pemilik dan juga pemindahan milik tanah. Penulis juga menumpukan perhatian kepada tanah yang dimiliki oleh persendirian, syarikat persendirian, bank, persatuan dan juga membuat perbandingan pemilikan tanah antara kategori pemilik tersebut. Bab IV adalah mengenai pola-pola pemilikan tanah mengikut etnik. Penulis membincangkan tentang pemilikan tanah di kalangan kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum. Penulis juga membuat perbandingan tentang pemilikan tanah di kalangan etnik kaum tersebut. Bab V membinangkan tentang perubahan pola pemilikan tanah. Penulis membincangkan tentang perubahan milik tanah yang berlaku di peringkat awal dan akhir. Penulis menyentuh tentang perubahan yang berlaku di kalangan kategori pemilik dan etnik. Bab VI merupakan bab penutup di mana penulis membuat rumusan bagi semua bab yang telah dibincangkan.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1983/1984.
Recommended Citation
R. Effendi, Razali, "Pemilikan tanah di Bandar Penggaram khususnya Jalan Rahmat / R. Effendi Razali" (1984). Pre-2000 Student Works. 610.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/610