Author

Yunus Faizah

Date of Award

1-1-1984

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji adalah mengenai kemiskinan masyarakat luar bandar, khususnya masyarakat tani. Perbincangan ke atas masalah ini adalah berhubung dengan penjelasan-penjelasan mengenai punca-punca wujudanya kemiskinan, usaha-usaha bagi rnengatasinya dan cadangan-cadangan untuk membangunkan masyarakat tersebut dari segi ekonomi. Bab I, membicarakan mengenai tujuan dan bidang kajian, kaedah-kaedah yang digunakan dalam membuat kajian luar, masalah-masalah yang dihadapi dan melihat fenomena kemiskinan di peringkat antarabangsa. Bab II, menyentuh pengertian kemiskinan, bagaimana pengukurannya dibuat dan melihat beberapa teori berkaitan dengan kemiskinan. Juga dilihat fenomena kemiskinan di Malaysia. Bab III, memerihalkan latarbelakang responden. Antara yang disentuh ialah pola pemilikan tanah, kegunaan-kegunaan tanah, pemasaran, pinjaman, simpanan, perbelanjaan, taraf pelajaran dan pemilikan-pemilikan lain seperti ternakan dan kereta. Bab IV, menerangkan kegiatan-kegiatan petani dalam penanaman padi dan menoreh getah. Berhubung dengan kegiatan ini terutama dalam penanaman padi dibicarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh petani dan kaitannya dengan kemiskinan. Antara masalah yang dihadapi ialah sistem pemasaran dan kredit yang kurang memuaskan, kos perbelanjaan yang tinggi dan masalah tanah terbiar. Bab V, membicarakan beberapa usaha kerajaan untuk meninggikan daya pengeluaran dan pendapatan petani bagi membangunkan sektor pertanian dan seterusnya mengurangkan kemiskinan di sektor luar bandar. Bab VI , merupakan rumusan dan kesimpulan dari kajian yang telah dilakukan. Bab ini menolak beberapa teori yang digunakan bagi melihat fenomena kemiskinan. Antaranya ialah Budaya Kemiskinan dan dakwaan bahawa masyarakat Melayu mempunyai nilai dan sikap tertentu yang menyebabkan mereka mundur.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.

Share

COinS