Date of Award
1-1-1984
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini adalah mengenai tanah-tanah yang melebihi 100 ekar di daerah Batu Pahat. Apa yang cuba diperhatikan ialah kedudukan dan pola pemilikan tanah-tanah tersebut. Di samping itu juga, akan dilakukan perbandingan antara tanah-tanah sedemikian yang terdapat pada masa awal pemilikannya dan pada masa sekarang. Kajian ini akan dibahagikan kepada empat bab. Bab I akan menghuraikan tentang asas-asas kepada kajian. Apa yang dihuraikan ialah mengenai bidang dan tujuan kajian, methodologi kajian, masalah kajian dan latarbelakang tempat. Dalam Bab 2, pengkaji akan meneliti pola-pola pemilikan tanah-tanah yang melebihi 100 ekar dari perspaktif kategori pemilik. Kajian juga dilakukan terhadap mukim-mukim yang terlibat. Kategori-kategori pemilik tersebut ialah kerajaan, persendirian, syarikat dan tiada maklumat. Di dalam bab ini juga akan dilakukan perbandingan antara pemilik-pemilik pertama dan terakhir bagi kategori pemilik dan mukim. Bab 3 pula akan menerangkan pola-pola pemilikan tanah yang terdapat dikalangan berbagai golongan ethnik. Golongan-golongan ethnik tersebut ialah Melayu, Cina, India dan lain-lain golongan ethnik. Pola-pola pemilikan berbagai golongan ethnik ini juga akan dilihat dari aspek berbagai mukim yang terlibat. Perbandingan antara pemi]ik pertama dan terakhir juga akan dilakukan. Di dalam bab ini juga akan di huraikan berkenaan dengan pola pemindahan hakmilik yang berlaku pada tanah-tanah tersebut. Bab 4 pula ialah tentang kesimpulan-kesimpulan yang dapat dibuat hasil dari kajian yang telah dilakukan. Ia juga mengandungi penutup pada kajian.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.
Recommended Citation
Hasbullah, Hassan, "Kedudukan dan pola pemilikan tanah yang melebihi 100 ekar di Batu Pahat / Hasbullah Hassan" (1984). Pre-2000 Student Works. 601.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/601