Date of Award

1-1-1984

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Latihan ilmiah ini semuanya mengandungi 7 bab. Bab I adalah merupakan pengenalan iaitu merangkan tujuan dan bidang kajian, kaedah kajian dan masalah-masalah yang timbul sewaktu kajian dijalankan. Bab II ialah latar belakang FELDA secara am. Dalam bab ini diterangkan perkembangan FELDA dari mula pembukaannya, luas kawasan FELDA, pentadbiran serta pencapaian-pencapaian FELDA di bidang ekonomi, sosial dan ugama. Bab III merupakan latar belakang tempat kajian iaitu FELDA Pasir Raja. Bab ini menerangkan tahun pembukaan dan tahun pembangunannya, jenis tanaman dan luas kawasan, bilangan keluarga, kemudahan-kemudahan yang terdapat, pentadbiran dan perwakilan JKKR di rancangan ini. Bab IV pula mengenai latar belakang respondan. Dilihat dari segi taraf umur, taraf pelajaran respondan dan keluarga, jenis-jenis rumah tangga yang terdapat, taraf pendapatan, pekerjaan sampingan yang dilakukan dan bagaimanan tahap penyertaan respondan dalam persatuan-persatuan. Bab V ialah tentang kumpulan-kumpulan sosial dan ugama yang terdapat di rancangan ini. Kumpulan ini dibahagikan kepada di peringkat rancangan dan peringkat blok. Jadi diterangkan persatuan-persatuan yang terdapat mewakili peringkat rancangan dan blok serta penubuhannya, keahliannya dan kegiatan-kegiatan yang dilakukan. Bab VI menerangkan tentang peranan kaum wanita melalui Gerakan Persatuan Wanita. Diterangkan latar belakang persatuan serta aktivti-aktiviti yang dijalankan, penglibatan wanita dalam GPW serta tuntutan hak ‘Harta Sepencarian’ wanita dalam rancangan FELDA. Bab VII merupakan rumusan bagi kesemua bab dan bagaimana sambutan respondan terhadap kumpulan sosial dan ugama terutamanya oleh pihak wanita di rancangan ini.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.

Share

COinS