Date of Award
1-1-1984
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Latihan ilmiah ini adalah satu kajian mengenai nilai anak-anak di kalangan masyarakat Melayu yang bertaraf kelas menengah dan kelas rendah yang dikaji secara perbandingan. Dua kawasan perumahan di Kangar, Perlis telah dipilih iaitu Kompleks Kampung Guru mewakili kawasan penempatan golongan kelas menengah dan Taman Merpati iaitu perumahan rakyat kos rendah mewakili golongan kelas rendah. Di dalam bab pertama, pengkaji memberikan pengenalan ke atas kajian yang telah dijalanknn. Di dalam bab kedua, akan diterangkan konsep-konsep dan teori-teori yang menjadi garis panduan di dalam kajian ini. Sementara itu di dalam bab ketiga, pengkaji akan memberi pambaran latar belakang sosio-ekonomi responden. Seterusnya di dalam bab empat, penumpuan diberikan ke atas sikap ibubapa terhadap anak-anak mereka samada berbentuk positif ataupun negatif. Di samping itu juga, kajian ini akan cuba melihat bilangan saiz famili yang, diharapkan dan setakat mana ianya dicapai Pengkaji juga akan melihat pengetahuan dan amalan perancang keluarga di kalangan responden. Hasil adri kajian yang telah di jalankan memperlihatkan nilai positif mengatasi nilai negatif kedua-dua golongan. Nilai psikologi dan emosi lebih ditekankan oleh golongan kelas menengah di Kompleks Kampung Guru daripada golongan kelas rendah di Taman Merpati. Manakala nilai ekonomi lebih banyak diutarakan oleh responden di Taman Merpati.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.
Recommended Citation
Norhashimah, Abdul Razak, "Nilai mengenai anak-anak (Satu kajian perbandingan antara masyarakat Melayu kelas menengah dan kelas rendah di Kangar, Perlis) / Norhashimah Abdul Razak" (1984). Pre-2000 Student Works. 588.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/588