Date of Award
1-1-1984
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Tujuan kajian bagi latihan ilmiah ini ialah untuk melihat sejauh manakah pertumbuhan dan perkembangan perindustrian di Malaysia telah dapat memperbaiki dan meningkatkan keadaan dan kedudukan sosio-ekonomi para pekerja kilang di Negara ini. Kajian luar untuk latihan ilmiah ini telah dijalankan di dua buah kilang di kawasan perindustrian Shah Alam, Selangor. Di dalam bab I, pengkaji telah menghuraikan dengan ringkas perkembangan perindustrian di Malaysia, tujuan, metode dan masalah yang dihadapi di dalam menjalankan kajian ilmiah ini. Bab II pula membentangkan rangka organisasi dan proses pengeluaran di kedua-kedua kilang yang dikaji. Bab III dan bab IV menerangkan tentang latarbelakang pekerja serta keadaan kerja dan hubungannya dengan sikap pekerja. Bab V pula melihat rangka organisasi dan peranan kesatuan sekerja. Akhir sekali dalam bab VI, pangkaji telah merumuskan segala penemuan kajian ini.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.
Recommended Citation
Lee, Foo Yin, "A case study on the socio-economic aspects of factory workers / Lee Foo Yin" (1984). Pre-2000 Student Works. 585.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/585