Author

Abidin Azmin

Date of Award

1-1-1984

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Bab pertama menerangkan tujuan kajian, kaedah yang digunakan, kesulitan yang dihadapi dan juga tempat kajian. Bab kedua adalah mengenai konsep dan teori. Pertamanya dikemukan konsep dana masalah definasi bandar. Keduanya dihuraikan teori urbanisasi yang dikemukan oleh Louis Wirth, Robert Redfield dan Oscar Louis. Akhir sekali pengkaji menghuraikan konsep urbanisasi, proses yang berlaku di bandar-bandar Asia Tenggara termasuk Malaysia. Bab ketiga pula menyentuh tentang orang-orang Melayu di bandar ini dari segi taburan dan bentuk rumah kediaman mereka. Di sini juga pengkaji menghuraikan latar belakang responden seperti tempat asal, taraf pelaran, pekerjaan dan pendapatan mereka. Di dalam bab ke empat, pengkaji menerangkan beberapa aspek sahaja di dalam sosio-budaya orang Melayu seperti institusi kekeluargaan, kegiatan agama, magis dan adat istiadat. Bahagian institusi kekeluargaan menghuraikan jenis, saiz, fungsi dan corak hubungan dalam keluarga Melayu. Dalam kegiatan keagamaan, hanya dihuraikan perlakuan-perlakuan kolektif sahaja. Di dalam bahagian magis, pengkaji menghuraikan tentang pembahagiannya, bentuk magis yang masih lagi diamalkan dan sebab-sebab kenapa ianya telah berkurangan. Pengkaji menekankan “rite-de-passage” di kalangan orang-orang Melayu di dalam bahagian adat dan istiadat. Akhir sekali, pengkaji membuat rumusan iaitu dengan melihat sejauh manakah urbanisasi telah mendatangkan kesan ke atas sosio-budaya orang-orang Melayu. Pengkaji juga menyentuh tentang sejauh manakah kebenaran teori Wirth, Redfield dan Lewis terhadap bandar-bandar di Malaysia terutamanya bandar kecil seperti Grik ini.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.

Share

COinS