Date of Award
1-1-1984
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Latihan ilmiah ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang bagaimana wanita yang sudah berkahwin memainkan kedua peranan, sebagai seorang isteri/ ibu yang penyayang dan sebagai seorang pekerja yang bertanggungjawab. Kajian luar latihan ilmiah ini telah dijalankan di sebuah ladang teh (Ladang Teh East) di Cameron Highlands. Ini adalah kerana tujuan lain latihan ilmiah ini ialah mengkaji mengapa sejak kebelakangan ini lebih ramai kaum wanita diambil untuk bekerja diladang teh. Kajian luar ini telah mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan. Di dalam Bab I latihan ilmiah ini pengkaji akan membincangkan tentang tujuan kajian ini. Tujuan-tujuan adalah seperti dinyatakan tadi mengkaji peranan yang dimainkan oleh pekerja wanita yang sudah berkahwin, mengapa pekerja wanita ini terus bekerja selepas berkahwin dan mengapa bilangan mereka semakin bertambah diladang teh. Kaedah kajian yang digunakan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkaji juga dibincangkan dalam bab ini. Ahli-ahli antropologi dan ahli-ahli sains sosial amat mementingkan unsur-unsur teori terutamanya dalam sebuah latihan ilmiah. Oleh itu Bab II adalah menyentuh tentang teori-teori mengenai wanita oleh beberapa ahli-ahli teori. Di antara mereka yang dirujuk adalah Sanday, Rosaldo, Iglehart dan lain lagi. Pengkaji juga cuba memberi satu garnbaran (description) jelas mengenai tempat kajian dijalankan dalam Bab III. Latarbelakang ladang teh East dan proses-proses yang terlibat dalam penghasilan teh juga dihuraikan oleh pengkaji dalam bab ini. Yang paling penting dalam sebuah latihan ilmiah ialah data-data mengenai kajian yang telah dijalankan. Oleh itu Bab IV adalah dikhaskan untuk penghuraian data-data yang telah diperolehi oleh pengkaji. Dalam Bab V pula pengkaji akan cuba menganalisa datadata yang diperolehi. Pengkaji juga cuba mengaitkan hasil yang diterima dengan apa yang dibentangkan oleh ahli-ahli teori. Akhirnya dalam Bab VI ialah kesimpulan. Dalam bab ini pengkaji akan memberi satu ringkasan tentang latihan ilmiah ini. Selain dari itu pengkaji mengemukan kesimpulan yang diterima daripada latihan ilmiah ini.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1983/1984.
Recommended Citation
Heng, Lai Leng, "Satu kajian kes mengenai perkerja wanita yang sudah berkahwin di sebuah ladang teh di Cameron Highlands / Heng Lai Leng" (1984). Pre-2000 Student Works. 581.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/581