Author

Wai Teck Ng

Date of Award

1-1-1983

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan menghasilkan suatu penilaian ke atas salah sebuah program pemulihan dadah yang beraliran agama Kristian. Kajian ini adalah berasaskan kepada suatu komuniti teraputik, Hilltop Centre di Selangor. Dalam pembukaannya, laporan ini menyentuh tentang matlamat kajian, metode kajian dan masalah-masalah yang dialami oleh pengkaji semasa menjalankan ‘fieldwork’. Bab kedua memberi suatu ringkasan tentang latarbelakang dan struktur pentadbiran pusat pemulihan Hilltop Centre. Ini diikuti dengan satu bab yang memberi penganalisaan pada struktur program pusat itu. Bab ke empat meninjau tentang persekitaran sosial di komuniti teraputik Hilltop. Aspek-aspek tinjauan yang terkandung dalam bab ini termasuklah penglibatan, sistem, status, perlembangan sosial-psikologikal, peranan sosial baru dan kawalan sosial yang dikenakan ke atas ahli-ahli Hilltop Centre. Sebagai rumusan, bab penutup membincangkan beberapa aspek dan implikasi terhadap Hilltop Centre dan ini disusul dengan suatu penilaian ringkas mengenai pencapaian Hilltop Centre sebagai suatu model pusat pemulihan dadah.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1982/1983.

Share

COinS