Date of Award
1-1-1980
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
fac_med
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Kajian ini dijalankan atas kesedaran akan kurangnya kajian dan penyelidikan yang ilmiah ke atas fungsi pemulihan penjara di negara ini. Jadi, atas kesedaran ini, pengkaji akan cuba mendekat dan mendalamkan lagi pemahaman dan pengetahuan masyarakat tentang peranan baru institusi penjara. Dalam bab I, pengkaji menerangkan beberapa aspek yang berkaitan dengan kajian, yakni tujuan kajian dijalankan, bidang serta metodologi yang digunakan dan juga masalah-masalah yang dihadapi oleh pengkaji ketika menjalankan kajian ini. Di dalam bab II, pengkaji menumpukan perhatian pada teori-teori pemulihan dan dasar pemulihan yang diamalkan di institusi penjara. Teori-teori ini perlu difahami dalam memudahkan kita memahami bagaimana proses pemulihan berlaku di dalam penjara. Selanjutnya di bab III, pengkaji menghuraikan secara ringkas tentang latar belakang Jabatan Penjara Malaysia dan juga penjara Taiping. Dalam bab ini, pengkaji memaparkan beberapa rancangan pemulihan yang dijalankan di sini menjadikan bab ini sebagai inti bagi buku ini. Dalam bab IV, pengkaji menghuraikan masalah-masalah yang dihadapi dalam tugasan pemulihan dan cara-cara bagaimana masalah ini dapat di atasi. Akhir sekali bab V, pengkaji membuat rumusan mengenai kesan dan kejayaan rancangan pemulihan penjara dan juga langkah-langkah yang perlu dalam memperbaiki dan menjayakan cita-cita pemulihan penjara.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1979/1980.
Recommended Citation
Harun, Che Su, "Penjara dan pemulihan / Harun Che Su" (1980). Pre-2000 Student Works. 504.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/504