Date of Award

1-1-1980

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian kes ini bertujuan membuat penilaian terhadap usaha-usaha kerajaan membangunankan sektor pertanian bagi meninggikan pendapatan masyarakat tani. Kajian telah dijalankan di Mukim Rimba Terjun, Pontian, Johor. Di dalam bab I, diterangkan cara kajian dijalankan iaitu menggunakan Jadual Soalan dan temuduga sebagai cara mendapatkan bahan. Dalam bab II dihuraikan konsep-konsep pembangunan yang menjadi landasan kajian ini. Dua ‘theoretical framework’ digunakan iaitu konsep pembangunan mengikut Islam dan bukan Islam yang merangkumi sistem kapitalis dan sosialis-kominis. Seterusnya pengkaji mengaplikasikan pendekatan-pendekatan pembangunan tadi dengan usaha pembangunan di Malaysia. Rancangan-rancangan pembangunan di Malaysia adalah lebih mirip kepada pendekatan ‘diffusionist’ dalam model equilibirum. Bab III merupakan satu tinjauan latarbelakang sejarah perusahaan nenas diperingkat awal hingga membawa kepada keadaan yang ada sekarang. Peranan Lembaga Perusahaan Nenas Tanah Melayu (LPNTM) adalah penting dalam perusahaan tanaman nenas ini. Manakala dalam bab IV pula adalah mengenai Unit Tanam Semula Nenas sebagai satu dari cawangan LPNTM yang mengendalikan Rancangan Tanam Semula Nenas. Melalui unit ini, segala perubahan, teknik dan bantuan disalurkan kepada para pekebun. Oleh itu, ianya bertanggungjawab mentadbir dan menyeleraskan projek tanam semula nenas ini. Keterangan-keterangan mengenai responden terkandung dalam bab V dan VI. Di sinilah pengkaji menguji pendekatan pembangunan yang dijalankan di negara ini untuk membuat beberapa rumusan mengenai sejauh mana kejayaan projek yang dijalankan, iaitu di dalam bab VII sebagai penutup hasil kajian ini.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1979/1980.

Share

COinS