Author

Ibrahim Engku

Date of Award

1-1-1980

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian yang dibuat adalah pada satu seginya bertujuan untuk melihat corak reaksi tingkah laku kanak-kanak berserta para ibu bapa masing-masing terhadap televisyen dan dari segi yang lainnya pula meneliti apa jua kesan-pengaruh yang dianggap sebagai didatangkan oleh media tersebut ke atas para audien yang "setia" kepadanya. Fokas utama kajian ini adalah dipusatkan kepada kanak-kanak berumur antara 8-10 tahun, dimana tumpuannya didekatkan lagi kepada analisa perbandingan jantina antara kanak-kanak bersebut berkait dengan pendedahan mereka kepada televisyen. Skop kajian adalah meliputi aspek-aspek hubungan para ibu dan anak mereka masing-masing terhadap pola tontonan televisyen, sikap dan pandangan masing-masing pihak terhadap satu-satu unsur di televisyen, pemilihan program/siri-siri yang diminati, disiplin anak-anak berkait dengan televisyen dan pengdalan penjenisan jantina kanak-kanak berhubung dengan media tersebut. Bagi pihak kanak-kanak itu pula penelitian ke atas unsur-unsur perbedaan jantina dalam hal-hal tertentu seperti corak peniruan yang dibuat, pemllihan program-program yang menjadi kegemaran, identifikasi mereka kepada watak-watak di televisyen, kegiatan masa lapang dan pengaruh siri-siri bercorak keganasan ke atas sikap dan tingkahlaku mereka juga telah dibuat. Dari keputusan yang didlapati jelas terlihat wujudnya hubungan tertentu antara kanak-kanak tersebut dengan para ibu mereka masing-masing. Begitu juga halnya dengan kanak-kanak itu sendiri di mana unsur-unsur perbedaan jantina adalah kedapatan dari segi sikap, pandangan, kadar peniruan, identifikasi dan pengaruh berkait dengan pendedahan mereka kepada media tersebut.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1979/1980.

Share

COinS