Author

Hassan Sukeri

Date of Award

1-1-1978

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Ponteng sekolah adalah merupakan salah satu gejala tidak sehat yang ujud dikalangan pelajar-pelajar sekolah. Ianya dianggap sebagai satu penyakit yang berjangkit dan merebak membawa bahaya kepada pelajar-pelajar, seterusnya boleh merebak membawa akibat buruk kedalam anggota-anggota masyarakat berkenaan. Jadi, penyakit ponteng sekolah ini perlulah diubati secepat mungkin, sebelum ianya merebak menjadi satu wabak yang merbahaya dan serius dikalangan pelajar-pelajar sekolah dan dalam sesebuah masyarakat itu. Didalam kajian ini,penulis akan cuba mengupasi dan memperlihatkan beberapa perkara penting yang ujud mengenai pelakuan ponteng sekolah ini. Penekanan akan diberikan didalam menghuraikan: (a) Sebab-sebab berlakunya ponteng sekolah; dimana dikaitkan dengan faktor-faktor pelajar-pelajar, ibubapa atau penjaga, pihak sekolah dan guru-guru, serta faktor sosial dan alam sekeliling. (b) Pola-pola atau bentuk-bentuk yang ujud didalam ponteng sekolah ini; dimana dikaitkan secara kajian perbandingan (comparative study) diantara kadar ponteng pelajar-pelajar lelaki dengan pelajar-pelajar perempuan, kadar ponteng disekolah-sekolah kawasan bandar dengan sekolah-sekolah dikawasan luarbandar, kadar ponteng mengikut aliran atau jurusan persekolahan, dan lain-lain lagi pola-pola yang telah dapat dilihat oleh penulis. (c) Beberapa langkah-langkah dan cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah ponteng sekolah ini. (d) Rumusan atau kesimpulan sebagai penutup penulisan ini.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1977/1978.

Share

COinS