Date of Award
1-1-1977
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Penghijrahan buat masa kini dipandang sebagai satu finomina yang tidak bermasalah. Malah ada dikalangan pemimpin-pemimpin kita yang menggalakkan penghijrahan terutamanya penghijrahan orang Melayu dari luarbandar ke bandar. Tujuannya ialah untuk mengseimbnagkan bilangan penduduk-penduduk bukan Melayu dan Melayu di bandar. Pendapat ini amat meragukan sekali. Kerana keraguan tersebut saya cuba mendedahkan satu kes antara beberapa kes penghijrahan yang sedang atau telah berlaku di negara kita. Diharapkan dengan kajian yang singkat ini akan dapat memberikan sumbangan kepada pehak-pehak tertentu supaya mereka memandang finomina penghijrahan itu sebagai sesuatu yang akan melahirkan masalah sekiranya langkah-langkah tertentu tidak diambil. Jadi kajian ini adalah pengambaran beberapa kesan yang diakibatkan oleh penghijrahan keatas sistem sosial di kampung.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1977.
Recommended Citation
Nasir, Baba, "Penghijrahan dan implikasinya kepada sistem sosial di kampung / Nasir Baba" (1977). Pre-2000 Student Works. 452.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/452