Date of Award
12-1-1976
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Latihan ilmiah ini merupakan satu kajian mengenai masaalah integrasi dan assimilasi salah satu dari kumpulan marginal yang terdapat di Malaysia. Masyarakat yang dipilih ialah komuniti Baba Melaka iaitu kumpulan Cina yang mula-mula menetap di Malaysia. Masaalah ini merupakan satu dari masaalah yang penting dalam perkembangan masyarakat Malaysia dihari ini. Sememangnya menjadi dasar politik negara untuk mencapai kehidupan yang harmoni di kalangan penduduknya yang berbilang kaum. Walaubagaimanapun kerjasama dari aegi politik masih belum mnncukupi, jadi assimilasi budaya adalah perlu untuk mencapai matlamat yang dikehendaki. Beberapa formula telah dirancangkan dari masa kesemasa seperti "Cultural Pluralism", "Kebudayaan Nasional" dan Rukun Negara bertujuan untuk menjadi asas kepada perpaduan nasional dan kesetabilan politik. Kejadian 13 Mei 1969 pula telah menyebabkan'satu keburukan dalam pembangunan politik negara. Krisis ini bertanggungjawab bagi manggalakkan perubahan-perubahan yang radikal menolak sistem majmuk yang telah bermula sejak tahun 1957 lagi. Dari sinilah timbulnya kesedaran pemimpin-pemimpin politik untuk meluaskan proses assimilasi dari segi sosio-budaya.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1975/1976.
Recommended Citation
Kamarulzaman, Md. Isa, "Assimilasi dan integrasi komuniti Baba Melaka terhadap Masyarakat Cina bukan baba / Kamarulzaman Md. Isa" (1976). Pre-2000 Student Works. 425.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/425