Date of Award

11-1-1976

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Latihan ilmiah ini bertujuan untuk melihat hubungan yang berlaku diantara kumpulan marginal baba dengan kumpulan melayu yang dominan dalam kompesisi masyarakat malaysia. Dalam kajian ini yang ditekankan ialah aspek integrasi dan assimilasi yang ujud akibat daripada hubungan tadi. Selain daripada itu dikaji juga adakah proses yang berlaku ini mencapai peringkat kesempurnaannya sehingga tidak akan menimbulkan lagi masalah-masalah dalam hubungan yang dilakukan. Disamping itu juga sekiranya hubungan itu masih lagi tidak sempurna, akan dilihat sejauhmanakah integrasi dan assimilasi ini telah dilakukan. Dalam melihat proses integrasi dan assimilasi ini akan diberi penekanan kepada beberapa faktor yang dianggap penting. Diantaranya ialah faktor ugama. Ugama akan dilihat samada ianya boleh menjadi satu faktor yang dapat menyatukan atau mengukuhkan lagi integrasi dan assimilasi yang masih berjalan itu. Kemudian faktor sosial juga akan dilihat samada ianya boleh dijadikan sebagai faktor pendorong yang asasi dalam proses integrasi dan assimilasi tadi. Disamping itu akan dilihat juga apakah faktor-faktor yang boleh menghalang kepada proses ini untuk mencapai ke peringkat sempurna. Tajuk ini dipilih kerana kajian seperti ini belum pernah dilakukan oleh mana-mana pengkaji pun. Apa yang mereka lakukan selama ini ialah melihat hubungan diantara golongan majoriti misalnya diantara golongan melayu dengan golongan China atau India. Jadi, sekarang cuba dilakukan satu kajian mikro diantara golongan marginal dengan golongan dominan.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1976.

Share

COinS