Date of Award
11-1-1976
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat kehidupan sosio-ekonomi di satu kawasan luar bandar iaitu di Kampong Padang, Mukim Peringat, Jajahan Kota Bharu. Walaupun berada dalam jajahan kota bharu, ibu negeri bagi kelantan, kampung ini sebagaimana yang akan dibuktikan dalam bab berikutnya adalah satu kawasan luar bandar. Aspek ekonomi akan dilihat dari segi aktiviti-aktiviti ekonomi yang diceburi oleh penduduk-penduduk di sini. Oleh kerana majoriti aktiviti yang diceburi oleh penduduk di sini ialah pertanian maka penekanan aktiviti ekonomi adalah terhadap aktiviti pertanian sahaja dan aspek yang akan dibincangkan adalah pada soal tanah. Berhubung dengannya akan dilihat bagaimana tanah memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka. Dalam membincangkan kehidupan ekonomi mereka, akan diketengahkan masaalah-masaalah yang dihadapi mereka dan cara penyelesaian pada masaalah-masaalah itu.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1975/1976.
Recommended Citation
Siti Lijah @ Haznah, Md. Ali, "Kampong Padang Mokkan: Tinjauan sosio-ekonomi masyarakat luar bandar / Siti Lijah @ Haznah Md. Ali" (1976). Pre-2000 Student Works. 420.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/420