Date of Award
11-1-1976
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini dijalankan di Kampung Terusan, Juasseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kampong ini terletak didalam mukim Juasseh. Keseluruhan penduduknya adalah Melayu. Penyelidikan cuma dijalankan pada kaim wanita Melayu beradat Perpateh yang sudah berkahwin dan sudah berumur melebihi 21 tahun. Tujuan kajian ini adalah untuk mendapatkan keadaan atau realiti dalam masyarakat itu tentang: Adakah adat masih kukuh bertapak atau hukum syara' yang lebih menguasai hidup mereka atau adakah ujud 'conformity' antara adat dan islam dalam sistem sosial dikampung tersebut. Walaupun keseluruhan penduduknya Melayu tetapi tidak kesemuanya mengamalkan Adat Perpateh. Terdapat juga keluarga-keluarga raja dan mereka yang tergolong dalam kumpulan Ayer Kaki Lingkongan Yamtuan. Keluarga raja mengamalkan Adat Raja dan Orang Lingkongan mengamalkan adat yang merupakan campuran Adat Pepateh dengan Adat Raja dan lazimnya disebut Adat Perpateh Ketemonggongan.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1975/1976.
Recommended Citation
Azis, Ujang, "Penyesuaian adat dan syara' bagi kedudokan wanita beradat Perpateh di-Kg. Terusan / Azis Ujang" (1976). Pre-2000 Student Works. 417.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/417