Date of Award
10-1-1976
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat tentang pertubuhan-pertubuhan sukarela dengan penyertaan orang ramai di dalamnya. Penulis sebenarnya meninjau dan cuba membuat penghuraian mengenai beberapa aspek daripada pertubuhan-pertubuhan sukarela ini. Disini penulis hanya akan cuba menghurai dan membincangkan mengenai pertubuhan-pertubuhan sukarela ini dengan hanya menghadkan kepada beberapa jenis daripada pertubuhan-pertubuhan sukarela yang terdapat di jitra ini sahaja. Tinjauan yang dibuat adalah mengenai jenis-jenis pertubuhan sukarela yang terdapat di jitra ini serta bilanagn ahli-ahli yang memasuki pertubuhan-pertubuhan ini, atau tegasnya sambutan yang diberikan terhadap pertubuhan-pertubuhan ini. Penulis juga cuba melihat tentang latarbelakang orang-orang yang menyertai pertubuhan-pertubuhan ini serta pemimpin-pemimpinnya. Disamping itu pemerhatian ditumpukan juga untuk mencari sebab-sebab mereka boleh tertarik untuk memasuki pertubuhan-pertubuhan ini. Apakah tujuan mereka menyertai pertubuhan-pertubuhan disebabkan oleh faktor-faktor kesunyian, untuk memenuhi masa lapang atau dengan tujuan-tujuan ekonomi dan politik sebagai misalannya.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1976.
Recommended Citation
Sharif, Hat, "Pertubuhan-pertubuhan sukarela: Satu tinjauan umum di kawasan Bandaran Jitra, Kedah / Sharif Hat" (1976). Pre-2000 Student Works. 415.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/415