Author

Jusoh Che Din

Date of Award

1-1-1976

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

Universiti Malaya

Abstract

Sekarang ini di setiap penjuru dunia mana pun, kita dapati terdapat perlakuan-perlakuan atau perbuatan-perbuatan yang mengandungi dan melibatkan unsur-unsur kekerasan, dilakukan oleh individu-individu khususnya secara berkumpulan bagi mencapai matlamat yang dikehendaki. Satu aliran pemikiran menunjukan dengan jelas akan hubungan fenomena-feneomena ini dengan konsep ‘Relative Deprivation’. Fenomena yang sedemikian ini terjadi adalah kerana terdapat sekelompok individu manusia dapat melihat, berfikir serta membandingkan keadaan diri mereka secara relatif dengan keadaan kehidupan kumpulan atau golongan individu lain. Perbezaan secara relatif inilah yang akan mempengaruhi, menjadi petunjuk dan menimbulkan rasa tidak puas hati, kekecewaan, kemarahan, sifat meradang dan sebagainya dikalangan individu-individu.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1976.

Share

COinS