Date of Award
11-1-1975
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
University of Malaya
Abstract
Kajian-kajian tentang politik amnya telah bermula sejak tahun-tahun 1920an lagi dimana penuntut-penuntut ilmu politik mula mengkaji perlakuan mengundi, identifikasi aprti, ideoloji dan sikap serta pendapat-pendapat politik. Antara tahun-tahun 1930-1940, minat terhadap bidang ini bertambah-tambah lagi dengan kelahiran teknik-teknik 'servey', 'sampling', temuduga, 'questionnaire design' dan pengukuran-pengukuran pendapat dan 'personality' (keperibadian). Menjelang akhir 1950an pula ahli-ahli sains sosial di eropah dan amerika telah mengumpul dengan banyaknya data-data mengenai bagaimana perlakuan mengundi dan sikap politik berkaitan dengan keadaan-keadaan ekonomi, sosial dan saikoloji. Ahli-ahli ilmu politik mula berminat mencari bagaimana seseorang itu boleh mendukung parti dan bagaimana ia mempunyai nilai-nilai politik tertentu. Peranan-peranan keluarga, sekolah dan kumpulan-kumpulan sosial dalam membentuk orientasi politik ini menjadi penting sebagai bahan-bahan penyelidikan mereka. Pada tahun-tahun 1950an juga istilah 'socialisasi politik' diperkenalkan sebagai menunjukkan kepada proses pembelajaran politik. Tiori sosialisasi politik menganggap bahawa rakyat dari berbagai-bagai negara dapat merasa dan mempercayai tentang ketua-ketua politik atau struktur politik dengan cara yang berbeza-beza. Misalnya, kebanyakan orang jerman tahu dengan banyaknya hal-hal kerajaan dan polisiny. Manakala kebanyakan petani-petani brazil mempunyai sangat sedikit pengetahuan tentang hal-hal yang berlaku dalam brazil.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1974/1975.
Recommended Citation
Norihan, Ahmad, "Sosialisasi politik dikalangan kelas bawahan Melayu / Norihan Ahmad" (1975). Pre-2000 Student Works. 389.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/389