Date of Award

10-1-1975

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ilmiah ini adalah satu pengkajian keatas aspek sosial perancang keluarga didalam sebuah komuniti Melayu. Kajian ini dibuat di komuniti Parit Setongkat, Muar, Johor, iaitu 2 batu jauhnya dari Muar. Susunan isi kandungan kajian ilmiah ini adalah seperti berikut: Bab 1 : Ini adalah bab pendahuluan dimana diterangkan tentang tujuan kajian, cara-cara bagaimana penyelidikan dijalankan dan latarbelakang tempat yang dikaji. Bab II : Disini diteruskan dengan sejarah perkembangan perancang keluarga dari zaman pra-sejarah hingga kezaman sejarah dalam masyarakat-masyarakat manusia yang terdapat dipermukaan dunia ini, khususnya masyarakat Melayu di Malaysia. Bab III : Berikutnya dibincangkan mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi orang-orang Melayu dalam penerimaan perancang keluarga. Seterusnya dibincangkan cara-cara yang digunakan oleh orang-orang, Melayu dalam merancang keluarga mereka baik cara tradisional mahupun cara moden. Bahagian ini adalah merupakan hasil-hasil yang didapati dari kajian yang dibuat. Bab IV : Dalam bab ini diteruskan perbincangan mengenai hasil-hasil kajian iaitu tentang sikap orang-orang Melayu ini terhadap cara-cara perancang keluarga moden. Bab V : Dibentang kan selanjutnya perancang keluarga dilihat dari segi agama Islam. Bab VI : Sebagai penutup, kajian ilmiah ini diakhiri dengan rumusan-rumusan mengenai kedudukan perancang keluarga ini dalam masyarakat Melayu dan cadangan-cadangan diberikan untuk mengatasi masaalah- masaalah penerimaan perancang keluarga.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1974/1975.

Share

COinS