Date of Award

1-1-1974

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Malaysia adalah sebuag negara ‘kosmopolitan’. Masyarakatnya telah digambarkan oleh Vasil sebagai ‘a multiracial society par excellence’ kerana penduduknya terdiri dari orang-orang Melayu, Cina dan India yang mewakili tiga kumpulan ras terbesar di Tenggara Asia. Dalam sebuah negara atau lokaliti yang kosmopolitan, pengkajian hubungan ras adalah penting sekali. Pentingnya kajian ini antara lain adalah untuk mewujudkan masyarakat yang harmoni serta berintegrasi antara berbagai-bagai golongan ras yang terdapat yang merupakan tugas ‘urgent’ yang perlu diselesaikan oleh pemerintah-pemerintah atau negara-negara. Di dalam artikel kedua daripada Perisytiharan Hak Asasi Manusia (The Universal Declaration of Human Right) Bangsa-bangsa Bersatu telah memperisytiharkan: “Setiap orang berhak memiliki segala hak dan kebebasan yang disebut dalam perisytiharan ini tanpa perbezaan berupa apapun juga seperti bangsa, warna kulit, lelaki atau perempuan, bahasa, agama, keyakinan politik dan lain-lain, asal nasional atau sosial, milik kelahiran atau kedudukan lain”.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1974.

Share

COinS