Date of Award

1-1-1973

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Malaysia kini sedang berada di peringkat pembangunan ekonomi dan sosial yang penting. Penting, terutama sekali dalam konteks dasar ekonomi baru, untuk menitekberatkan hal-hal mengenai perpaduan dan kemajuan negara. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, Malaysia telah mengalami dan hungga sekarang ini masih lagi mengalami perubahan-perubahan dalam struktur ekonomi dan sosial. Umpamanya dalam tempuh 10 tahun, bermula dari tahun 1961, dua rancangan pembangunan telah dijalankan. Keluaran negara kasar telah bertambah dengan kadar 6.1% setahun, pendapatan perkapita meningkat lebih dari 30% (dari $806 kepada $1,080); penduduk-penduduk bandar - didefinasikan sebagai mereka-mereka yang tinggal di kawasan-kawasan pentadniran yang diwartakan dan yang mempunyai penduduk seramai 10,000 orang atau lebih - juga bertambah menjadi 28.7% dari penduduk negara pada tahun 1970, berbanding dengan 26.5% 13 tahun sebelumnya; sumbangan sektor-sektor bukan pertanian terhadap keluaran dalam negeri kasar pada tahun 1970 sudah pun menjadi 66%; dan walaupun 50% (tahun 1969) dari tenaga kerja berada dalam sektor pertanian, sektor pembuatan makin berkembang dengan cepatnya.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1973.

Share

COinS