Date of Award

1-1-1972

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Seringkali istilah setinggan mempunyai imbasan yang negatif. Kita kerap mengaitkan setinggan dengan kesesakkan hidup, diuliti kekotoran, penuh maksiat, kehidupan yang penuh bercorak kemiskinan dsb. Setakat mana stereotyping ini sah dapat kita ketahui diakhir kajian ini. Untuk berganjak daripada anggapan diatas sudah tentu menjeratkan kita pada nilai yang ada. Dengan demikian sebagai titik permulaan kita perlu menerima hakikat bahawa keadaan setinggan itu sendiri merupakan satu cara hidup, tanpa menyisipkan unsur-unsur negatifnya. Hipotesis dan Tujuan : Perlu saya akui disini titiktolak kajian ini adalah dalam rangka bidang 'culture of poverty' Oscar Lewis. Lewis menggunakan 'culture of poverty' atau kebudayaan kemiskinan ini sebagai satu gagasan model yang khusus bagi memberikan secara positif sub-budaya masyarakat Barat dengan struktur-struktur dan rationalnya yang tersendiri. Ia merupakan satu cara hidup yang telah diperturunkan dari generasi ke generasi melalui parantaraan keluarga. Dimana sahaja kebudayaan kemiskinan ini berlaku penghuni-penghuni nya mempamirkan persamaan dalam struktur keluarganya, dalam hubungan interpersonal, dalam cara belanja hidup, dalam sistem nilai dan juga dalam proses orientasinya.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1971/1972.

Share

COinS