Date of Award

1-1-1961

Thesis Type

masters

Document Type

Thesis

Divisions

fac_law

Department

Academy of Malay Studies

Institution

University of Malaya

Abstract

Naskah Hikayat Seri Kelantan yang di jadikan bahan kajian di sini ialah naskah photostat yang ada tersimpan di Perpustakaan Universiti Malaya di Kuala Lumpur. Namun begitu, naskah asal juga digunakan untuk menjelaskan beberapa butir yang tidak terang pada naskah photostat kerana adanya beberapa kekurangan yang selalu terdapat pada naskah2 photostat atau microfilam. Masalnya, berlainan warna da'wat yang digunakan pada naskah asal tidak terlihat pada naskah photostat, begitu juga perchekan da'wat akan terlihat sebagai titek huruf dan sabagainya.Dalam perkara yang pertama, iaitu menyalin serta menyusun semula naskah Hikayat Seri Kelantan ini, beberapa perkara harus di terangkan. Pertamanya, apa yang tertera pada naskah asal tidak diubah sama sekali melainkan tulisan jawi di rumikan dan tanda2 persuratan di bubuh supaya jelas jalan bahasanya.

Note

Dissertation (M.A.) - Academy of Malay Studies, University of Malaya, 1961.

Share

COinS