Author

Huay Fang Chu

Date of Award

12-1-1994

Thesis Type

undergraduates

Document Type

Thesis

Divisions

antro

Department

Faculty of Arts and Social Sciences

Institution

University of Malaya

Abstract

Kajian ini adalah satu kes kajian ke atas gereja Katholik di Melaka. Pada permulaannya, sejarah kemasukan agama Katholik ke Melaka dan struktur perjalanan organisasinya akan disentuh untuk memberi satu latar belakang mengenai pertubuhan gereja dan chapel Katholik di Melaka. Struktur perjalanan organisasi gerej dan tugas-tugas jawatankuasanya juga telah dikaji. Aktiviti-aktiviti gereja juga dikaji untuk melihat peranannya sebagai sebuah institusi agama. Disamping itu, aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dibincangkan untuk memberi gambaran kemajuan gereja jika dibanding dengan zaman dahulu. Dari aktiviti-aktiviti kajian, isu Pergerakan Karismatik yang kian merebak juga dilihat dan dikaji dari perspektif penganut Katholik. Tambahan lagi, aktiviti-aktiviti juga akan dikaji dari aspek sumbangan mereka terhadap aspek sosial dan ekonomi masyarakat. Selain daripada itu, perayaan-perayaan dan upacara di gereja JUga dilihat untuk memberi gambaran dan kefahaman yang lebih jelas mengenai agama Katholik. Sementara itu, pengkaji juga cuba menerangkan sedikit-sebanyak mengenai perkara-perkara kesucian dan konsep ketuhanan dari perspektif agama Katholik. Di bab yang akhir, pengkaji akan cuba menganalisiskan perkembangan-perkembangan gereja Katholik sejak pertubuhannya sehingga ke tahun 90'an. Isu-isu mengenai perkembangan yang dilalui oleh gereja, masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak gereja pada tahun 90'an dan seterusnya impian-impian yang ingin dicapai oleh pihak gereja juga akan dibincangkan dalam kajian ini.

Note

Academic Exercise (Bachelor’s degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, University of Malaya, 1993/1994.

Share

COinS