Date of Award
1-1-1994
Thesis Type
undergraduates
Document Type
Thesis
Divisions
antro
Department
Faculty of Arts and Social Sciences
Institution
Universiti Malaya
Abstract
Kes ini merupakan satu kajian mengenai semangat kejiranan dan interaksi sosial masyarakat Cina bandar khasnya kaum wanita di Taman Kian Kee, Seremban. Kaedah utama hasil-hasi kajian dalam kes ini adalah berdasarkan kaedah temuramah yang berpandukan kepada soal selidik yang disediakan terdahulu. Objektif kajian adalah untuk menilai sama ada terdapat kebenaran bahawa masyarakat bandar kini mempunyai semangat kejiranan dan interaksi sosial yang lemah. Tema utama latihan ilmiah ini adalah untuk meninjau corak interaksi yang dipraktikkan oleh penduduk Taman Kian Kee. Dengan menggunakan pemdekatan sosiologi, didapati bahawa kadar interaksi antara penduduk Taman Kian Kee secara relatifnya agak baik. namun perhubungan antara mereka adalah agak superficial yang terbatas kepada interaksi yang baik di luar rumah dan sering tidak melibatkan ziarah-menziarahi di antara satu sama lain. Alasan utama kurang ziarah-menziarah di antara jiran adalah mereka terlalu sibuk dengan kerja sendiri sehingga tidak berpeluang menemui jiran. Ini ditambahkan lagi dengan sikap mementingkan privacy, iaitu masing-masing masih mengekalkan satu 'batasan' (barrier) di antara satu sama lain di samping berinteraksi dengan jiran. Dengan itu, penduduk Tamn Kian Kee dikatakan tidak mempunyai semangat kejiranan yang bersungguh dan meluas.
Note
Academic Exercise (Bachelor’s Degree) – Faculty of Arts and Social Sciences, Universiti Malaya, 1993/1994.
Recommended Citation
Gan, Siew Chain, "Semangat kejiranan dan interaksi penduduk tempatan: Satu kajian kes di Taman Kian Kee, Seremban Negeri Sembilan / Gan Siew Chain" (1994). Pre-2000 Student Works. 1018.
https://knova.um.edu.my/student_works_pre2000/1018